Archive for the ‘selayang’ Category

umno bahagian patut adakan debat umum

April 25, 2008

pemilihan bahagian akan diadakan pada tahun ini. bahang pru12 masih terasa. penyandang jawatan mahu pertahankan kuasa mereka. ahli umno yang aktif berpolitik dan yang tidak memegang apa apa jawatan dalam peringkat bahagian pula inginkan kuasa. yang baru, yang lama, yang tua, yang muda, yang tidak berpengalaman, yang punya pengalaman luas semuanya ingin mencuba nasib dalam mencari kuasa politik disebalik politik umno yang sedang goyang, yang telah dilanda tsunami.

boleh dikatakan majoriti ahli umno yang ingin bertanding sudah pun memulakan kempen mereka. berjumpa dengan ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri. perwakilan cawangan ke persidangan bahagian tahun lepas juga menjadi tumpuan mereka yang berkempen. ini adalah kerana kebanyakkannya perwakilan adalah sama setiap tahun dan mereka, perwakilan cawangan ini tidak mahu melepaskan peluang dapat imbuhan, makan free, berjalan free, menikmati suasana politik umno yang goyang, mengkritik, membahas, mengata, mendengar, mempolitik dan bermacam lagi.

semua yang bertanding itu terdiri dari bermacam ragam ahli umno. yang intelek, yang tidak berapa pandai, yang vokal, yang pendiam, yang berdendam, yang suka suka, yang mencuba nasib, yang kaya, yang miskin, yang mempunyai ideologi, yang langsung tak mempunyai hala tuju dan bermacam lagi. yang membezakan semua yang nak bertanding ini adalah pandangan, pendapat, hala tuju, komitmen, intelek, sikap dan keberanian. yang menjadikan mereka ini lengkap ialah berjaya atau tidak mereka menjadikan apa yang telah mereka katakan dan menyampaikan pandangan mereka dalam bahasa yang paling mudah kepada semua perwakilan untuk difahami.

peluang mesti diberikan kepada mereka yang bertanding untuk menceritakan dan menyampaikan apa yang tersirat didalam hati mereka. secara terbuka. berkempen tanpa selindung. mengatakan hasrat kepada ahli umno. biarkan ahli menentukan siapa yang mereka bakal undi dalam pemilihan. tidak perlu takut dalam apa yang mahu diucapkan. sekarang ini adalah masa untuk ahli umno menjadi berani dan vokal. bukan lagi sebagai ahli yang yes man. pemimpin yang dicari adalah pemimpin yang boleh di harapkan untuk mempertahankan ahli mereka. pemimpin yang berani. pemimpin yang ada fakta. pemimpin yang ada akal fikiran. pemimpin yang emphatik. pemimpin yang teruji. pemimpin yang ada halatuju. pemimpin yang boleh membawa parti dan ahli ke satu destinasi yang baik. pemimpin yang sentiasa ingat kepada agama dan bangsa.

semua ini boleh dilihat dan dinilai dalam debat secara umum yang disertai oleh calon calon yang ingin bertanding. mereka boleh memperagakan keupayaan mereka sebagai pemimpin yang bakal menerajui tampuk kuasa di umno bahagian. sekiranya mereka layak untuk memimpin dan layak untuk mendapat undi, pasti perwakilan akan beri. dalam debat ini, calon boleh memberi persepsi yang berbagai kepada ahli. debat ini juga akan menjadikan semua calon yang bertanding turun kepadang bertemu dgn seramai orang yang termampu untuk berkempen sambil menunjukkan kewibawaan masing masing. ini akan menyemarakkan semangat berpolitik dan secara tak langung membuka minda ahli yang berada dan berpolitik dicawangan sahaja.

kebanyakkan ahli umno dan semua calon yang bertanding akan menerima dengan sukacita sekiranya debat umum antara calon ini menjadi kenyataan. ini memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam politik melayu secara aktif. dan kesannya akan kita dapat lihat dalam pru13.

calon yang menawarkan diri

April 23, 2008

kerusi ketua bahagian
dato’ ahmad bhari ( incumbent )
abd sukor idrus ( adun kuang )
dato’ subahan kamal ( adun taman templer )

kerusi timbalan ketua bahagian
soohaimi abd rahman ( incumbent )
miskiran surat ( naib ketua bahagian – incumbent )
sanusi mahmud

kerusi naib ketua bahagian
rashid md dom
kassim jalildin ( ajk bahagian )
hj nasir ibrahim ( ajk bahagian )
anuar aziz ( ajk bahagian )
azharudin hj akasah ( ajk bahagian )

usul cawangan pada mesyuarat agung cawangan tahunan

April 23, 2008

umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian tak lama lagi. dalam keadaan politik melayu kucar kacir sekarang ini, ahli umno mesti peka, prihatin, berani dan vokal. ahli umno tidak boleh lagi menjadi ahli yang “yes man”. kedudukan melayu berada ditahap genting. lihatlah apa yang sedang berlaku. jika ahli ahli umno tidak melakukan sesuatu menjelang persidangan cawangan, nescaya buruk lah padahnya kepada melayu.

tidak ada parti politik yang boleh menjaga orang melayu kecuali umno. dengan sombong dan bongkak, husam musa mengatakan ketuanan melayu itu tidak lagi menjadi kepentingan bersama. walau pun nik aziz menyokong tengku faris didalam hal ini. anwar ibrahim pula bertekad untuk memajukan bangsa sambil berkongsi dengan bukan melayu. deb mahu ditinggalkannya. dimana letaknya naluri kemelayuannya. maka kesimpulannya ialah hanya umno yang boleh memastikan hak dan keistemewaan orang melayu.

ramai melayu muda professional beranggapan melayu boleh bersaing dan maju tanpa deb. mereka ini bercakap hanya memikirkan diri mereka sahaja tanpa melihat melayu itu sebagai satu bangsa yang menyeluruh. bangsa yang tersebar keseluruh pelusuk tanah air dan bukan hanya di bandar besar sahaja. bodoh mereka ini. bagaimana dengan melayu yang di luar bandar yang memerlukan bantuan dari deb?

pengurusan umno berduyun duyun mengadakan post mortem di setiap negeri mencari sebab musabab mengapa umno tewas dalam pru yang lepas. yang menyedihkan ialah, hanya kepimpinan 4 peringkat sahaja yang dijemput hadir. kebanyakan dari kepimpinan 4 peringkat ini terdiri dari kepimpinan yang tidak tahu tentang masalah yang berlaku di akar umbi. ada yang berani menghentam kepimpinan. ada yang tidak berani. ada juga yang menukar kenyataan selepas post mortem itu. pemimpin beginilah yang kita kata pemimpin yang tak ada telor. melayu pengecut.

pemimpin umno sekarang berada dalam dilemma. mahu menyokong pak lah atau tidak? ramai yang menyokong dan lebih ramai yang tidak menyokong. muhyiddin mengatakan kedudukan pak lah adalah didalam tangan ahli umno. maka saya mencadangkan kepada semua cawangan untuk membawa usul menukar kepimpinan pusat yang ada sekarang kepada yang baru. peralihan kuasa mesti dilakukan sebelum mkt bersidang. jika semua cawangan umno mengusulkan yang sama maka umno bahagian tidak mempunyai alasan untuk tidak membawa usul tersebut ke perhubungan negeri. umno mesti kembali menjadi parti politik kampung kata musa hitam. dan itulah yang ahli umno mesti buat. kembalikan kuasa umno kepada ahli dan bukan di pucuk pimpinan.

usul : mengembalikan maruah bangsa dan ketuanan melayu

menyedari : bahawa kekalahan banyak kerusi umno di peringkat dun dan parlimen pada pru12 adalah disebabkan kelemahan pemimpin umno di peringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat dalam menyelenggarakan kempen pru12 dan tugas kepimpinan umno.

menginsafi : bahawa kekalahan banyak kerusi umno di peringkat dun dan parlimen pada pru12 menyebabkan kehilangan kuasa pemerintahan mutlak melayu di 4 buah negeri ia itu selangor, perak, kedah dan kelantan yang secara tidak langsung menjadikan umno sebagai pembangkang dinegeri tersebut. kekalahan ini juga mengakibatkan umno dilanda masalah halatuju. kita insaf akan keadaan yang bakal menunggu anak cucu bangsa melayu di masa kan datang. melayu menjadi terpinggir di tanah lahir mereka kepada kuasa bukan melayu. ini tidak hanya pada kuasa politik malah juga kuasa ekonomi.

mengusulkan : kepimpinan umno di peringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat memikul tanggungjawab kekalahan banyak kerusi dun dan parlimen pada pru12 yang lalu. setiap kepimpinan diukur melalui kejayaan yang ditempa mereka. dalam politik mengekalkan hak dan istemewa orang melayu, ternyata dan terbukti bahawa, melalui keputusan pru12, kepimpinan umno dipringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat tidak mencapai kejayaan yang diharapkan. maka dengan ini diusulkan supaya kepimpinan yang telah menyebabkan kekalahan umno dalam banyak kerusi pru12 mengundurkan diri sebelum kuasa, keadaan kehidupan dan nasib bangsa melayu menjadi lebih terumbang ambing di masa depan. diusulkan juga supaya kepimpinan umno di peringkat bahagian tidak lagi mengamalkan prinsip status quo dan beralih kepada prinsip demokratisasi. beri laluan kepada pemimpin umno yang baru yang mempunyai lebih kewibawaan, bertenaga, berjiwa rakyat, intelek dan empatik dalam menjalankan kerja kerja pemulihan parti.

setiap cawangan umno diminta membawa usul ini demi menjaga kesinambungan hak ketuanan orang melayu dan juga kuasa di tangan kita. marilah kita mulakan di cawangan. ingatlah, kekuatan umno bukan ditangan kepimpinan tetapi adalah ditangan ahli umno yang mengangkat mereka naik menjadi pemimpin.

kalau kita tak mulakan di cawangan siapa lagi yang harus semua ahli harapkan. sekiranya ini tidak berlaku maka “hilanglah melayu di dunia”. nauzubillah.

selamat berjuang dan selamat bersidang.

umno bahagian patut mengadakan debat umum

April 23, 2008

pemilihan bahagian akan diadakan pada tahun ini. bahang pru12 masih terasa. penyandang jawatan mahu pertahankan kuasa mereka. ahli umno yang aktif berpolitik dan yang tidak memegang apa apa jawatan dalam peringkat bahagian pula inginkan kuasa. yang baru, yang lama, yang tua, yang muda, yang tidak berpengalaman, yang punya pengalaman luas semuanya ingin mencuba nasib dalam mencari kuasa politik disebalik politik umno yang sedang goyang, yang telah dilanda tsunami.

boleh dikatakan majoriti ahli umno yang ingin bertanding sudah pun memulakan kempen mereka. berjumpa dengan ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri. perwakilan cawangan ke persidangan bahagian tahun lepas juga menjadi tumpuan mereka yang berkempen. ini adalah kerana kebanyakkannya perwakilan adalah sama setiap tahun dan mereka, perwakilan cawangan ini tidak mahu melepaskan peluang dapat imbuhan, makan free, berjalan free, menikmati suasana politik umno yang goyang, mengkritik, membahas, mengata, mendengar, mempolitik dan bermacam lagi.

semua yang bertanding itu terdiri dari bermacam ragam ahli umno. yang intelek, yang tidak berapa pandai, yang vokal, yang pendiam, yang berdendam, yang suka suka, yang mencuba nasib, yang kaya, yang miskin, yang mempunyai ideologi, yang langsung tak mempunyai hala tuju dan bermacam lagi. yang membezakan semua yang nak bertanding ini adalah pandangan, pendapat, hala tuju, komitmen, intelek, sikap dan keberanian. yang menjadikan mereka ini lengkap ialah berjaya atau tidak mereka menjadikan apa yang telah mereka katakan dan menyampaikan pandangan mereka dalam bahasa yang paling mudah kepada semua perwakilan untuk difahami.

peluang mesti diberikan kepada mereka yang bertanding untuk menceritakan dan menyampaikan apa yang tersirat didalam hati mereka. secara terbuka. berkempen tanpa selindung. mengatakan hasrat kepada ahli umno. biarkan ahli menentukan siapa yang mereka bakal undi dalam pemilihan. tidak perlu takut dalam apa yang mahu diucapkan. sekarang ini adalah masa untuk ahli umno menjadi berani dan vokal. bukan lagi sebagai ahli yang yes man. pemimpin yang dicari adalah pemimpin yang boleh di harapkan untuk mempertahankan ahli mereka. pemimpin yang berani. pemimpin yang ada fakta. pemimpin yang ada akal fikiran. pemimpin yang emphatik. pemimpin yang teruji. pemimpin yang ada halatuju. pemimpin yang boleh membawa parti dan ahli ke satu destinasi yang baik. pemimpin yang sentiasa ingat kepada agama dan bangsa.

semua ini boleh dilihat dan dinilai dalam debat secara umum yang disertai oleh calon calon yang ingin bertanding. mereka boleh memperagakan keupayaan mereka sebagai pemimpin yang bakal menerajui tampuk kuasa di umno bahagian. sekiranya mereka layak untuk memimpin dan layak untuk mendapat undi, pasti perwakilan akan beri. dalam debat ini, calon boleh memberi persepsi yang berbagai kepada ahli. debat ini juga akan menjadikan semua calon yang bertanding turun kepadang bertemu dgn seramai orang yang termampu untuk berkempen sambil menunjukkan kewibawaan masing masing. ini akan menyemarakkan semangat berpolitik dan secara tak langung membuka minda ahli yang berada dan berpolitik dicawangan sahaja.

kebanyakkan ahli umno dan semua calon yang bertanding akan menerima dengan sukacita sekiranya debat umum antara calon ini menjadi kenyataan. ini memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam politik melayu secara aktif. dan kesannya akan kita dapat lihat dalam pru13.

analisa keputusan pru12 parlimen selayang

April 23, 2008

2004 menang dengan majoriti agak selesa. 2008 menang dengan majoriti yang boleh dianggap bernasib baik. tetapi dengan keputusan itu yang dilihat dengan makro keputusan keseluruhan, dengan hanya 38 cawangan umno di kuang, kuang di pinggir kuala lumpur masih mempunyai kekuatan ahli umno dan sokongan orang melayu yang padu. selayang pula yang mempunyai sebanyak 56 cawangan umno, yang terletak 10 minit dari kuala lumpur juga mempunyai kekuatan umno dan sokongan padu orang melayu. undi bukan melayu yang lari hanya mampu mengurangkan majoriti tetapi bukan mengubah keputusan. membuktikan bahawa undi rakyat kuang dan selayang yang majoritinya melayu masih mahukan wakil umno walaupun penggal sebelumnya wakil rakyat tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

kekalahan dun rawang dengan parlimen selayang adalah disebabkan oleh majoriti undi terdiri dari undi bukan melayu. bukan melayu yang terpengaruh dengan isu nasional ditokok tambah dengan isu tempatan hasil nukilan wakil rakyat mca terdahulu menyebabkan undi berpehak kepada calon pembangkang yang asalnya pun bukan dari selayang. mca tewas kepada calon yang asalnya jauh dari selayang. keputusan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa undi bukan melayu tidak memehak kepada kerajaan. mereka akan mengundi apabila diarah untuk mengundi siapa yang patut mereka undi. soalannya adalah siapa yang memegang suis mereka ini sehinggakan sanggup mengundi calon yang mereka tidak kenal dan bukan anak tempatan.

mengapa undi bukan melayu dan segelintir melayu lari dari umno?
1. prestasi wakil umno yang buruk.
2. tidak ada program yang menguntungkan melayu dikawasan.
3. terpengaruh dengan blog.
4. dendam yang membara.
5. peranan ahli umno yang tidak memberangsangkan.
6. umno tidak mendekatkan diri kepada rakyat.
7. pemimpin umno yang tidak peka kepada kehendak rakyat.
8. alternatif lebih proaktif dan mendekati rakyat.
9. penggunaan sekolah, masjid dan surau yang lebih efektif oleh alternatif.
10. isu nasional; bersih, hindraf, kuil hindu, kepimpinan pak lah, kedudukan ekonomi yang tidak baik.

seribu kawan kurang, satu lawan terlalu banyak

April 19, 2008

dalam politik, berpokok apa yang kita dapat katakan sebagai “seranah kekuasaan” atau “power curse” yang menjadikan pemegang kekuasaan itu di rasuk “setan” untuk tetap berpelukan dengan kuasa yang dipunyainya. kekuasaan itu tidak lagi menjadi “alat” atau “tools” kepada pemimpin untuk mengejar cita cita bagi kepentingan umum. kekuasaan menjelma menjadi sebahagian dari subjek si pemimpin. mereka ini “obsessed” dengan kuasa, ia membawanya hanyut dalam kekuasaan. segala sesuatu dilihat dari sudut memelihara “sustainability” kekuasaan. sehingga segala kejadian dan semua orang dilihat dari kacamata “siapa yang melestarikan kekuasanku adalah kawan, siapa yang menggoyahkan kekuasaanku adalah lawan”.

inilah yang berlaku di umno selayang sekarang, yang bertahan berharap dapat manyambung status quo mereka. yang baru mendapat jawatan memang dilihat sebagai pewaris tampuk kekuasaan. tetapi ditentang oleh kelompok yang bertahan. yang sudah bertapak tidak mahu melepaskan kuasa. yang dibawah sedang menolak keatas. yang tersepit adalah yang menunggu kuasa.

kesinambungan kekuasaan tidak ada di umno selayang. kuasa hanya akan diperolehi melalui pertandingan. yang menang bersorak. yang kalah menjadi musuh. yang rugi adalah melayu umno.

umno selayang tidak mempunyai pemikir yang memikirkan bagaimana melestarikan politik melayu di selayang. kebanyakkan pemunya jawatan adalah terdiri dari mereka yang hanya tahu berkata tetapi tidak tahu bertindak. walau pun berkata tetapi kata kata mereka hanyalah cakap cakap di permukaan. tidak ada yang menjangkaui lapisan intelek mahu pun lapisan pertimbangan. kata kata adalah datang dari pemikiran yang tidak cukup luas. hanya datan dari pengalaman dan bukan pembelajaran. akan tetapi semua pemunya jawatan sekarang berlumba dan berebut mahukan kuasa bagi “sustainability” kuasa.

pemunya jawatan di umno selayang kebanyakkannya tidak melihat diri di cermin dahulu sebelum ingin menyambung jawatan dan kuasa. tanya apa yang aku boleh buat untuk umno demi memperkasakan melayu yang goyah sekarang dari bertanyakan apa yang umno boleh beri kepadaku sekiranya aku mendapat kuasa semula.

“mundur kebelakang dua langkah tapi pasang kuda kuda adalah lebih baik dari maju bersama namun masuk jurang bersama-sama”

masih adakah harapan untuk umno?

April 19, 2008

ahli umno yang baru yang bercita cita untuk bergelumang dengan politik tanah air belajarlah dari pengalaman orang lama. situasi umno amat berat sekarang kerana pagar yang diharap pagar pulak yang makan padi. yang diharapkan oleh umno ialah ahli ahli yang baru kerana yang baru ini lah yang akan mengambil tampuk kepimpinan apabila yang lama dah obsolete. belajarlah untuk membahagikan masa untuk mengejar cita cita, keluarga, wang ringgit, sahabat handai dan sikap. kerana ini semua adalah faktor yang akan menyeksakan diri apabila sudah jauh berada dalam arus gelombang politik umno. tidak ada yang bertuah apabila kita memperjuangkan politik umno melainkan anak bangsa kita sendiri dimasa akan datang.

umno adalah parti yang suci pada mulanya sudah dijadikan parti yang penuh dengki khianat, adu domba, politik wang, ampu bodek dan pilih kasih. kembalikan umno ke wajah asalnya. dahulu, pemimpin di tunjuk dan menolak untuk memimpin sekarang pemimpin mencari dan berebut untuk memimpin. sikap ahli memainkan peranan penting didalam perubahan yang diinginkan berlaku untuk membawa umno pulang kepangkal jalan. sikap mesti berubah.

sikap orang umno mestilah berasaskan sikap agresif. sebelum pru12, orang melayu umno cuba untuk mengekalkan hak istimewa. selepas pru12 orang melayu tidak lagi cuba untuk mengekalkan hak istemewa itu tetapi terpaksa beradu untuk mengekalkan hak mereka. melayu dan umno telah merempat ditanah sendiri. suara suara melayu dan umno tidak lagi didengari oleh kepimpinan tinggi. suara melayu menjadi tidak penting kepada pemimpin umno. kemanakah perginya perjuangan untuk agama, bangsa dan negara?

masih adakah harapan untuk umno?

April 19, 2008

kehidupan seorang ahli politik amat menyeksakan. dari sudut fizikalnya memang dilihat sebagai bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam kancah politik perjuangan bangsa, agama dan negara tetapi jika dilihat dengan teliti didalam sanubari mereka, amatlah meleset tanggapan bertuah tadi. bagi mereka yang sudah berada di tampuk kepimpinan, mereka ini akan merasakan mereka berkuasa. berkuasa kerana mereka mempunyai kuasa wang dan juga kuasa membuat keputusan. dalam keadaan sebegini kebanyakan dari mereka sudah mula melupakan asas perjuangan mereka yang dilaungkan semasa memanjat tangga kepimpinan. mereka lupa kepada jasa sahabat yang membantu. mereka lupa kepada jasa rakyat yang membantu. mereka lupa kepada parti mereka. mereka taksub kepada peluang meraih, memfaraid, mengambil, merampas, menguasai dan menakluk apa saja harta dunia yang ada untuk diri mereka dan kroni. kekayaan peribadi yang dari awalnya mulia telah bertukar menjadi kemiskinan peribadi yang dilihat rakyat. mereka taksub dengan permainan bohong membohong, tipu menipu demi menjaga kuasa yang ada. dunia mereka ini menjadi sempit. bangsa dibohongi, agama dicemari, negara diderhakai. kuasa dan perasaan bahagia yang dirasai hanya dapat dirasai sementara sehingga mereka jatuh keseorangan mencari semula sahabat, rakyat dan juga parti. kemiskinan ini akan membuatkan mereka tidak bertuah dan batin akan merasa terseksa sehingga ke liang lahad.

bagi mereka yang sedang memanjat tangga kepimpinan, masa, wang ringgit, sikap, keluarga semua menjadi korban cita cita. cita cita atau dalam erti lain kehendak untuk berkuasa waima untuk kebaikkan mahu pun keburukkan. cita cita yang belum pasti menjadi kenyataan. perjumpaan disambung perjumpaan. perjanjian setan disambung perjanjian setan. rasuah disambung rasuah. politik mengajar orang seikhlas mana pun, sebaik mana pun untuk menjadi seorang yang jahat. politik itu memang jahat, kata orang. hanya yang kuat sahaja dapat bertahan. perjuangan demi fisabilillah tidak akan berlaku dalam umno. parti itu tidak bersalah. pemain dalam parti itu menjadikan ia dipandang salah. semua kerana cita cita untuk berkuasa. tetapi jika tidak ada kuasa tidak akan ada pemimpin. tidak akan ada parti. tidak akan ada negara. negara yang dicintai. tempat tumpah darah. tanah air melayu. wang ringgit habis dibelanjakan demi kuasa. tidak ada untuk keluarga. masa habis digunakan untuk perjumpaan tidak ada lagi untuk keluarga dan sahabat. sikap yang baik habis ditukar menjadi sikap yang tidak baik demi kuasa dan tidak lagi ada yang baik untuk keluarga. keluarga menjadi tidak penting lagi kerana selagi kuasa tidak ditangan keluarga dikorbankan. belum tahu lagi sekiranya berkuasa pula. masa yang ada akan terus tiada akibat taksub kepada harta. hidup menjadi kelam kabut dengan perkara yang remeh. ini yang dinamakan bertuah. ini yang dilihat bertuah.
(bersambung)

masih adakah harapan untuk umno?

April 19, 2008

menjadi seorang pemimpin, dia mestilah mempunyai kredibiliti. biarlah kuasa kepimpinan yang dipunyainya itu dari sekecil kuasa seorang ketua darjah sehinggalah sebesar kuasa seorang ketua negeri mahu pun negara. kredibiliti ini selalunya akan dilihat dari kata kata yang telah dikeluarkan yang berbau janji. menjadi seorang pemimpin adalah tanggungjawab yang amat berat disebabkan oleh kepimpinan mereka ini memberikan hala tuju kepada pengikut mereka. mereka ini adalah tempat pengikut mengadu nasib untung atau rugi. mereka ini adalah tempat pengikut mereka mencurahkan segalanya jiwa dan raga, dunia dan akhirat. mereka inilah tempat pengikut bergantung harap.

tetapi apabila golongan yang dinobatkan sebagai ketua atau pemimpin ini bermain api dengan menjual kredibiliti mereka, sanggupkah pengikut mengikut bersama pemimpin yang sudah tidak menunjukkan kepimpinan mereka ini. janji yang dikatakan kepada ramai tidak lagi dikotakan. kata kata mereka bagaikan mainan semata. penipuan berlaku demi menjaga diri mereka sendiri. pengikut diabaikan demi menjaga kepentingan peribadi. pengikut telah ditipu terang terang bagaikan pengikut dianggap sebagai satu golongan yang tidak penting lagi.

proses tapisan calon PRU12 mengikut janji mb selangor akan melalui 4 tapisan berperingkat; pihak polis, lembaga hasil, insolvensi dan badan cegah rasuah. usai pengumuman calon, mengapakah nama nama calon masih lagi yang terdiri daripada sebahagiannya adalah calon yang tidak melepasi atau pun sedang disiasat oleh semua badan yang terlibat turut tersenarai. adakah ini benar? adakah ini hanya permainan melepaskan batuk ditangga? mengapa mesti rakyat diperbodohkan sebegitu rupa? mengapa mesti rakyat menerima musibahnya berwakil rakyat yang terang terang bermasalah?

tidak cukup disitu, tapisan calon juga memestikan calon adalah dari golongan terpelajar, popular, disenangi rakyat, boleh berkerja, dijangka akan menang dan anak jati selangor. kriteria tapisan ini bukan senang untuk dilepasi tetapi diberikan sedikit masa, calon yang sesuai pasti boleh dicari dan dicalonkan.
(bersambung)

keputusan pru12 parlimen selayang

April 7, 2008

Selangor P97, N13, N14, N15

P97 SELAYANG
Jumlah Pengundi: 79,557
Peratusan Kaum: M:44.79% C:38.24% I:16.23% L:0.73%
1. William Leong Jee Keen (PKR) (30,701)
2. Koh Swe Yong (PRM) (1,332)
3. Lee Li Yew (BN) (27,134)
Majoriti: 3,567
Jumlah undi: 60,673
Peratus mengundi: 76.26%
Undi rosak: 1,506
Penyandang: Datuk Seri Chan Kong Choy (BN)
(Majoriti: 23,226 undi)

N13 KUANG
Jumlah Pengundi: 17,557
Peratusan Kaum: M:56.2% C:26.1% I:17.5% L:0.3%
1. Abdul Shukor Idrus (BN) (7,049)
2. Badrulamin Bahron (PKR) (6,532)
Majoriti: 517
Jumlah undi: 13,785
Peratus mengundi: 78.52%
Undi rosak: 204
Penyandang: Soohaimi Abdul Rahman (BN)
(Majoriti: 4,865 undi)

N14 RAWANG
Jumlah Pengundi: 23,345
Peratusan Kaum: M:19.2% C:56.3% I:23.2% L:1.2%
1. Gan Peh Nei (PKR) (10,467)
2. Goh Ah Ling (BN) (6,275)
3. A. Chandrasegaran (Bebas) (704)
Majoriti: 4,192
Jumlah undi: 17,734
Peratus mengundi: 75.96%
Undi rosak: 288
Penyandang: Datuk Tang See Hang (BN)
(Majoriti: 7,544 undi)

N15 TAMAN TEMPLER
Jumlah Pengundi: 38,655
Peratusan Kaum: M:55.1% C:32.8% I:11.5% L:0.6%
1. Datuk Subahan Kamal (BN) (14,600)
2. Mohamad Abdul Rahman (Pas) (13,987)
Majoriti: 613
Jumlah undi: 29,170
Peratus mengundi: 75.46%
Undi rosak: 583
Penyandang: Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman (BN)
(Majoriti: 7,625 undi)