kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pak lah

dipetik dari ramblings and doodlings…..

amat malang sekali apabila pak lah mengumumkan suruhanjaya badan pelantikan hakim semalam.

ini bermakna, para peguam dan para hakim boleh melantik dengan sendiri di kalangan mereka kepada jawatan Ketua Hakim Negara. Memandangkan majoriti para hakim dan peguam di malaysia ini bukan berbangsa melayu, tak lama lagi kita akan mendapat Ketua Hakim Negara dari kalangan bukan Melayu.

PAS di dalam Harakah bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya ini.. begitu juga Pakatan Rakyat. Mungkin Melayu dikalangan mereka tidak berfikir panjang lagi.

Di masa akan datang, kes kes besar yg melibatkan agama, kerakyatan, dan bangsa, kaum melayu akan susah hendak menang di mahkamah tertinggi Malaysia iaitu di Supreme Court. Kenapa? Kerana mungkin, Ketua Hakim Negara yang baru ialah Karpal Singh atau mereka yang sewaktu dengannya. Nak tunjuk independent sangat? Melayu kena mula berdiri dengan kaki sendiri nampaknya. Manalah tahu, dah la Ketua Hakim Negara berbangsa bukan Melayu, President Mahkamah Rayuan pun bukan Melayu juga. Minta minta Peguam Melayu masih berbangsa Melayu. At least adalah sikit peratusan boleh menang.. walaupun sedikit.

Walaubagaimanapun, tahniah kepada Pak Lah. Di harap dia faham natijah keputusan yg dibuatnya semalam. adakah ianya akan memakan diri bangsa sendiri di kemudian hari? hanya waktu yg boleh menilainya. Namun sekarang, diharap dia berbahagia dengan sokongan sementara yg di capainya sekarang. Satu pukulan tikam belakang yg bagus kepada Tun Dr Tun Dr. Tun Dr. Mahathir. Siapalah Tun Dr Tun Dr. Tun Dr. Mahathir yg hanya tahu membuang hakim hakim sahaja. Nasib baik ada Pak Lah yg tahu membodek bapa mertua kepada boss anaknya.

Apa yg berlaku di tahun 1988 bukan sebab utama BN kalah di tahun 2008. Jikalau betul, nescaya pd pilihanraya di tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004 BN sudah kalah teruk. Bukan. BN kalah di tahun 2008 kerana Pak Lah sendiri yg buta hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: