masih adakah harapan untuk umno?

kehidupan seorang ahli politik amat menyeksakan. dari sudut fizikalnya memang dilihat sebagai bertuah kerana dapat melibatkan diri dalam kancah politik perjuangan bangsa, agama dan negara tetapi jika dilihat dengan teliti didalam sanubari mereka, amatlah meleset tanggapan bertuah tadi. bagi mereka yang sudah berada di tampuk kepimpinan, mereka ini akan merasakan mereka berkuasa. berkuasa kerana mereka mempunyai kuasa wang dan juga kuasa membuat keputusan. dalam keadaan sebegini kebanyakan dari mereka sudah mula melupakan asas perjuangan mereka yang dilaungkan semasa memanjat tangga kepimpinan. mereka lupa kepada jasa sahabat yang membantu. mereka lupa kepada jasa rakyat yang membantu. mereka lupa kepada parti mereka. mereka taksub kepada peluang meraih, memfaraid, mengambil, merampas, menguasai dan menakluk apa saja harta dunia yang ada untuk diri mereka dan kroni. kekayaan peribadi yang dari awalnya mulia telah bertukar menjadi kemiskinan peribadi yang dilihat rakyat. mereka taksub dengan permainan bohong membohong, tipu menipu demi menjaga kuasa yang ada. dunia mereka ini menjadi sempit. bangsa dibohongi, agama dicemari, negara diderhakai. kuasa dan perasaan bahagia yang dirasai hanya dapat dirasai sementara sehingga mereka jatuh keseorangan mencari semula sahabat, rakyat dan juga parti. kemiskinan ini akan membuatkan mereka tidak bertuah dan batin akan merasa terseksa sehingga ke liang lahad.

bagi mereka yang sedang memanjat tangga kepimpinan, masa, wang ringgit, sikap, keluarga semua menjadi korban cita cita. cita cita atau dalam erti lain kehendak untuk berkuasa waima untuk kebaikkan mahu pun keburukkan. cita cita yang belum pasti menjadi kenyataan. perjumpaan disambung perjumpaan. perjanjian setan disambung perjanjian setan. rasuah disambung rasuah. politik mengajar orang seikhlas mana pun, sebaik mana pun untuk menjadi seorang yang jahat. politik itu memang jahat, kata orang. hanya yang kuat sahaja dapat bertahan. perjuangan demi fisabilillah tidak akan berlaku dalam umno. parti itu tidak bersalah. pemain dalam parti itu menjadikan ia dipandang salah. semua kerana cita cita untuk berkuasa. tetapi jika tidak ada kuasa tidak akan ada pemimpin. tidak akan ada parti. tidak akan ada negara. negara yang dicintai. tempat tumpah darah. tanah air melayu. wang ringgit habis dibelanjakan demi kuasa. tidak ada untuk keluarga. masa habis digunakan untuk perjumpaan tidak ada lagi untuk keluarga dan sahabat. sikap yang baik habis ditukar menjadi sikap yang tidak baik demi kuasa dan tidak lagi ada yang baik untuk keluarga. keluarga menjadi tidak penting lagi kerana selagi kuasa tidak ditangan keluarga dikorbankan. belum tahu lagi sekiranya berkuasa pula. masa yang ada akan terus tiada akibat taksub kepada harta. hidup menjadi kelam kabut dengan perkara yang remeh. ini yang dinamakan bertuah. ini yang dilihat bertuah.
(bersambung)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: