seribu kawan kurang, satu lawan terlalu banyak

dalam politik, berpokok apa yang kita dapat katakan sebagai “seranah kekuasaan” atau “power curse” yang menjadikan pemegang kekuasaan itu di rasuk “setan” untuk tetap berpelukan dengan kuasa yang dipunyainya. kekuasaan itu tidak lagi menjadi “alat” atau “tools” kepada pemimpin untuk mengejar cita cita bagi kepentingan umum. kekuasaan menjelma menjadi sebahagian dari subjek si pemimpin. mereka ini “obsessed” dengan kuasa, ia membawanya hanyut dalam kekuasaan. segala sesuatu dilihat dari sudut memelihara “sustainability” kekuasaan. sehingga segala kejadian dan semua orang dilihat dari kacamata “siapa yang melestarikan kekuasanku adalah kawan, siapa yang menggoyahkan kekuasaanku adalah lawan”.

inilah yang berlaku di umno selayang sekarang, yang bertahan berharap dapat manyambung status quo mereka. yang baru mendapat jawatan memang dilihat sebagai pewaris tampuk kekuasaan. tetapi ditentang oleh kelompok yang bertahan. yang sudah bertapak tidak mahu melepaskan kuasa. yang dibawah sedang menolak keatas. yang tersepit adalah yang menunggu kuasa.

kesinambungan kekuasaan tidak ada di umno selayang. kuasa hanya akan diperolehi melalui pertandingan. yang menang bersorak. yang kalah menjadi musuh. yang rugi adalah melayu umno.

umno selayang tidak mempunyai pemikir yang memikirkan bagaimana melestarikan politik melayu di selayang. kebanyakkan pemunya jawatan adalah terdiri dari mereka yang hanya tahu berkata tetapi tidak tahu bertindak. walau pun berkata tetapi kata kata mereka hanyalah cakap cakap di permukaan. tidak ada yang menjangkaui lapisan intelek mahu pun lapisan pertimbangan. kata kata adalah datang dari pemikiran yang tidak cukup luas. hanya datan dari pengalaman dan bukan pembelajaran. akan tetapi semua pemunya jawatan sekarang berlumba dan berebut mahukan kuasa bagi “sustainability” kuasa.

pemunya jawatan di umno selayang kebanyakkannya tidak melihat diri di cermin dahulu sebelum ingin menyambung jawatan dan kuasa. tanya apa yang aku boleh buat untuk umno demi memperkasakan melayu yang goyah sekarang dari bertanyakan apa yang umno boleh beri kepadaku sekiranya aku mendapat kuasa semula.

“mundur kebelakang dua langkah tapi pasang kuda kuda adalah lebih baik dari maju bersama namun masuk jurang bersama-sama”

Leave a comment