Ahli UMNO berhak tentukan kedudukan PM

laporan utusan

PUTRAJAYA 20 April – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan meskipun sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan tentang perlunya perubahan dalam kepimpinan parti itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan, ahli UMNO mempunyai hak untuk menentukan kedudukan Perdana Menteri kerana Abdullah dipilih menduduki jawatan itu berdasarkan keputusan ahli-ahli UMNO yang memilihnya untuk menjadi Presiden parti.

“Soal Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, mengikut pandangan saya yang tidak cerdik, itu adalah tidak tepat.

“Abdullah sebenarnya dipilih oleh ahli UMNO yang memilih beliau sebagai Presiden parti dan mengikut konvensyen, sebagai Pengerusi BN beliau dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Usah didebatkan soal ini kerana apapun Abdullah datang dari UMNO dan kepada UMNO ia (kedudukannya) harus kembali,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempersoal kan hak UMNO untuk menafikan kemahuan rakyat yang inginkan Abdullah menjadi Perdana Menteri seperti yang ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mohamed Nazri membidas segelintir pemimpin UMNO termasuk yang bertaraf menteri kerana tidak putus-putus menyarankan Abdullah berundur dan menyifatkan mereka sebagai ‘kurang cerdik’.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pandangannya mengenai isu peralihan kuasa dalam wawancara dan kenyataan kepada media sebelum ini lahir daripada rasa cinta dan sayang kepada UMNO serta bangsa Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: