ketuanan melayu versi pas

dari pemuda pelapis

Soal ketuanan Melayu yang dicadangkan Umno agar bersepakat untuk dibincangkan bersama pemimpin Melayu dari parti PAS dan PKR tidak perlu diperbesarkan jika sekiranya enggan bekerjasama.

Saya menyelar keras kenyataan Naib Presiden PAS Pusat, Husam Musa dan juga AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS.

Pemimpin PAS ini lupa bahawa suatu ketika dahulu saranan ini juga datang daripada pihak mereka, malahan merekalah yang “TERHEGEH-HEGEH” pada suatu ketika. Apabila Umno mengusulkannya semula supaya diadakan perbincangan, mereka pula yang dilihat sebagai “KERAS KEPALA” dan begitu “ANGKUH” setelah merasakan mempunyai “SEDIKIT KUASA DI TANGAN”. Usaha ini dianggap mereka sebagai “GIMIK LAMA” permainan politik Umno sedangkan hakikat hari ini ianya amat berbeza daripada sebelumnya.

Oleh itu pemimpin Melayu PAS dan PKR janganlah menjadi umpama “BERUK MENDAPAT BUNGA” untuk mengenepikan segala apa yang baik kepada bangsa sendiri tetapi sebaliknya sanggup memperjuangkan “ISU BABI” untuk kepentingan kaum lain. Jangan bertindak sesuka hati tanpa berfikir panjang. Pepatah ada mengatakan, “IKUT HATI, KITA MATI” dan “IKUT RASA, KITA BINASA”. Bijak-bijaklah berfikir secara lebih matang dan jangan terlalu mementingkan diri sendiri.

Jika ini sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR, nescaya Melayu akan hancur apabila mereka mampu mentadbir negara kerana sikap “PENYAYANG TERHADAP BANGSA MELAYU” tiada dalam diri dan jiwa pemimpin mereka. Pemimpin Melayu PAS dan PKR juga turut mementingkan soal “materialistik” dan “duniawi”. Hak bangsa sendiri sanggup diketepikan demi mencapai impian politik mereka.

Soal membincangkan isu ketuanan Melayu tidak harus dikaitkan dengan pergolakan di dalam Umno. Isu “rumahtangga Umno” biar Umno yang selesaikan dan Pakatan Rakyat tidak perlu masuk campur. Kita perlu berusaha memperkukuhkan bangsa Melayu yang majoriti setelah situasi hari ini memberi petunjuk bahawa kaum minoriti Cina dan India di bumi asal Melayu ini semakin besar kepala dan telah mula berani memperbodohkan Melayu.

Sepatutnya di dalam membincangkan isu ketuanan Melayu ini kita bermuafakat dan mengenepikan soal parti buat seketika dan tidak perlulah dipolitikkan. PAS sebenarnya terkenal sebagai parti yang gemar mempolitikkan segala isu sejak dari dahulu lagi. Jika “AL-QURAN dan HADIS” mereka mampu “MEMPOLITIKKAN” apalah sangat soal “KETUANAN MELAYU” kepada mereka.

Di sebaliknya, PAS dilihat sengaja mahu menutup kelemahan sendiri setelah “DIPERKUDAKAN” dan “DIPERBODOHKAN” oleh DAP berkenaan “ISU BABI” untuk dijadikan projek Mega sebagai sumber ekonomi utama Pakatan Rakyat di Selangor sehinggalah terbitnya pula berita terkini di mana negara China membuat lamaran untuk menjadi pengimpot utama “HAIWAN HARAM” tersebut daripada Malaysia sebagai sebuah negara Islam dunia.

Pemimpin Melayu PAS dan PKR takut isu ini akan ditimbulkan di dalam perbincangan nanti. Secara langsungnya mereka tahu dan “TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG SENDIRI” maka pelbagai dolak-dalih dan alasan dikemukakan untuk menempelak semula kepada Umno.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: