usul cawangan pada mesyuarat agung cawangan tahunan

umno akan mengadakan mesyuarat perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian tak lama lagi. dalam keadaan politik melayu kucar kacir sekarang ini, ahli umno mesti peka, prihatin, berani dan vokal. ahli umno tidak boleh lagi menjadi ahli yang “yes man”. kedudukan melayu berada ditahap genting. lihatlah apa yang sedang berlaku. jika ahli ahli umno tidak melakukan sesuatu menjelang persidangan cawangan, nescaya buruk lah padahnya kepada melayu.

tidak ada parti politik yang boleh menjaga orang melayu kecuali umno. dengan sombong dan bongkak, husam musa mengatakan ketuanan melayu itu tidak lagi menjadi kepentingan bersama. walau pun nik aziz menyokong tengku faris didalam hal ini. anwar ibrahim pula bertekad untuk memajukan bangsa sambil berkongsi dengan bukan melayu. deb mahu ditinggalkannya. dimana letaknya naluri kemelayuannya. maka kesimpulannya ialah hanya umno yang boleh memastikan hak dan keistemewaan orang melayu.

ramai melayu muda professional beranggapan melayu boleh bersaing dan maju tanpa deb. mereka ini bercakap hanya memikirkan diri mereka sahaja tanpa melihat melayu itu sebagai satu bangsa yang menyeluruh. bangsa yang tersebar keseluruh pelusuk tanah air dan bukan hanya di bandar besar sahaja. bodoh mereka ini. bagaimana dengan melayu yang di luar bandar yang memerlukan bantuan dari deb?

pengurusan umno berduyun duyun mengadakan post mortem di setiap negeri mencari sebab musabab mengapa umno tewas dalam pru yang lepas. yang menyedihkan ialah, hanya kepimpinan 4 peringkat sahaja yang dijemput hadir. kebanyakan dari kepimpinan 4 peringkat ini terdiri dari kepimpinan yang tidak tahu tentang masalah yang berlaku di akar umbi. ada yang berani menghentam kepimpinan. ada yang tidak berani. ada juga yang menukar kenyataan selepas post mortem itu. pemimpin beginilah yang kita kata pemimpin yang tak ada telor. melayu pengecut.

pemimpin umno sekarang berada dalam dilemma. mahu menyokong pak lah atau tidak? ramai yang menyokong dan lebih ramai yang tidak menyokong. muhyiddin mengatakan kedudukan pak lah adalah didalam tangan ahli umno. maka saya mencadangkan kepada semua cawangan untuk membawa usul menukar kepimpinan pusat yang ada sekarang kepada yang baru. peralihan kuasa mesti dilakukan sebelum mkt bersidang. jika semua cawangan umno mengusulkan yang sama maka umno bahagian tidak mempunyai alasan untuk tidak membawa usul tersebut ke perhubungan negeri. umno mesti kembali menjadi parti politik kampung kata musa hitam. dan itulah yang ahli umno mesti buat. kembalikan kuasa umno kepada ahli dan bukan di pucuk pimpinan.

usul : mengembalikan maruah bangsa dan ketuanan melayu

menyedari : bahawa kekalahan banyak kerusi umno di peringkat dun dan parlimen pada pru12 adalah disebabkan kelemahan pemimpin umno di peringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat dalam menyelenggarakan kempen pru12 dan tugas kepimpinan umno.

menginsafi : bahawa kekalahan banyak kerusi umno di peringkat dun dan parlimen pada pru12 menyebabkan kehilangan kuasa pemerintahan mutlak melayu di 4 buah negeri ia itu selangor, perak, kedah dan kelantan yang secara tidak langsung menjadikan umno sebagai pembangkang dinegeri tersebut. kekalahan ini juga mengakibatkan umno dilanda masalah halatuju. kita insaf akan keadaan yang bakal menunggu anak cucu bangsa melayu di masa kan datang. melayu menjadi terpinggir di tanah lahir mereka kepada kuasa bukan melayu. ini tidak hanya pada kuasa politik malah juga kuasa ekonomi.

mengusulkan : kepimpinan umno di peringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat memikul tanggungjawab kekalahan banyak kerusi dun dan parlimen pada pru12 yang lalu. setiap kepimpinan diukur melalui kejayaan yang ditempa mereka. dalam politik mengekalkan hak dan istemewa orang melayu, ternyata dan terbukti bahawa, melalui keputusan pru12, kepimpinan umno dipringkat bahagian, perhubungan negeri dan pusat tidak mencapai kejayaan yang diharapkan. maka dengan ini diusulkan supaya kepimpinan yang telah menyebabkan kekalahan umno dalam banyak kerusi pru12 mengundurkan diri sebelum kuasa, keadaan kehidupan dan nasib bangsa melayu menjadi lebih terumbang ambing di masa depan. diusulkan juga supaya kepimpinan umno di peringkat bahagian tidak lagi mengamalkan prinsip status quo dan beralih kepada prinsip demokratisasi. beri laluan kepada pemimpin umno yang baru yang mempunyai lebih kewibawaan, bertenaga, berjiwa rakyat, intelek dan empatik dalam menjalankan kerja kerja pemulihan parti.

setiap cawangan umno diminta membawa usul ini demi menjaga kesinambungan hak ketuanan orang melayu dan juga kuasa di tangan kita. marilah kita mulakan di cawangan. ingatlah, kekuatan umno bukan ditangan kepimpinan tetapi adalah ditangan ahli umno yang mengangkat mereka naik menjadi pemimpin.

kalau kita tak mulakan di cawangan siapa lagi yang harus semua ahli harapkan. sekiranya ini tidak berlaku maka “hilanglah melayu di dunia”. nauzubillah.

selamat berjuang dan selamat bersidang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: