umno bahagian patut adakan debat umum

pemilihan bahagian akan diadakan pada tahun ini. bahang pru12 masih terasa. penyandang jawatan mahu pertahankan kuasa mereka. ahli umno yang aktif berpolitik dan yang tidak memegang apa apa jawatan dalam peringkat bahagian pula inginkan kuasa. yang baru, yang lama, yang tua, yang muda, yang tidak berpengalaman, yang punya pengalaman luas semuanya ingin mencuba nasib dalam mencari kuasa politik disebalik politik umno yang sedang goyang, yang telah dilanda tsunami.

boleh dikatakan majoriti ahli umno yang ingin bertanding sudah pun memulakan kempen mereka. berjumpa dengan ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri. perwakilan cawangan ke persidangan bahagian tahun lepas juga menjadi tumpuan mereka yang berkempen. ini adalah kerana kebanyakkannya perwakilan adalah sama setiap tahun dan mereka, perwakilan cawangan ini tidak mahu melepaskan peluang dapat imbuhan, makan free, berjalan free, menikmati suasana politik umno yang goyang, mengkritik, membahas, mengata, mendengar, mempolitik dan bermacam lagi.

semua yang bertanding itu terdiri dari bermacam ragam ahli umno. yang intelek, yang tidak berapa pandai, yang vokal, yang pendiam, yang berdendam, yang suka suka, yang mencuba nasib, yang kaya, yang miskin, yang mempunyai ideologi, yang langsung tak mempunyai hala tuju dan bermacam lagi. yang membezakan semua yang nak bertanding ini adalah pandangan, pendapat, hala tuju, komitmen, intelek, sikap dan keberanian. yang menjadikan mereka ini lengkap ialah berjaya atau tidak mereka menjadikan apa yang telah mereka katakan dan menyampaikan pandangan mereka dalam bahasa yang paling mudah kepada semua perwakilan untuk difahami.

peluang mesti diberikan kepada mereka yang bertanding untuk menceritakan dan menyampaikan apa yang tersirat didalam hati mereka. secara terbuka. berkempen tanpa selindung. mengatakan hasrat kepada ahli umno. biarkan ahli menentukan siapa yang mereka bakal undi dalam pemilihan. tidak perlu takut dalam apa yang mahu diucapkan. sekarang ini adalah masa untuk ahli umno menjadi berani dan vokal. bukan lagi sebagai ahli yang yes man. pemimpin yang dicari adalah pemimpin yang boleh di harapkan untuk mempertahankan ahli mereka. pemimpin yang berani. pemimpin yang ada fakta. pemimpin yang ada akal fikiran. pemimpin yang emphatik. pemimpin yang teruji. pemimpin yang ada halatuju. pemimpin yang boleh membawa parti dan ahli ke satu destinasi yang baik. pemimpin yang sentiasa ingat kepada agama dan bangsa.

semua ini boleh dilihat dan dinilai dalam debat secara umum yang disertai oleh calon calon yang ingin bertanding. mereka boleh memperagakan keupayaan mereka sebagai pemimpin yang bakal menerajui tampuk kuasa di umno bahagian. sekiranya mereka layak untuk memimpin dan layak untuk mendapat undi, pasti perwakilan akan beri. dalam debat ini, calon boleh memberi persepsi yang berbagai kepada ahli. debat ini juga akan menjadikan semua calon yang bertanding turun kepadang bertemu dgn seramai orang yang termampu untuk berkempen sambil menunjukkan kewibawaan masing masing. ini akan menyemarakkan semangat berpolitik dan secara tak langung membuka minda ahli yang berada dan berpolitik dicawangan sahaja.

kebanyakkan ahli umno dan semua calon yang bertanding akan menerima dengan sukacita sekiranya debat umum antara calon ini menjadi kenyataan. ini memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam politik melayu secara aktif. dan kesannya akan kita dapat lihat dalam pru13.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: